Tiada komuniti di Sabah terpinggir daripada menerima barangan bersubsidi

2025-08-11 HaiPress

Timbalan Menteri KPDN,Datuk Dr Fuziah Salleh melawat pos pengedaran barang perlu di Tawau,Sabah/ Foto FB KPDN

TAWAU,11 Ogos - Tiada komuniti di pedalaman Sabah yang terpinggir daripada menerima bekalan keperluan asas bersubsidi.

Jaminan itu diberikan oleh Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Datuk Dr Fuziah Salleh,selaras dengan komitmen Kerajaan MADANI untuk memastikan kesejahteraan rakyat.

Menurut beliau,kerajaan memperuntukkan RM202.5 juta bagi tempoh Mei 2025 hingga April 2027 untuk membekalkan barangan asas bersubsidi ke seluruh Sabah yang dijangka memberi manfaat kepada hampir 500,000 penduduk.

"Di Sabah,terdapat 228 kawasan pengedaran melibatkan 607 pos dan di Tawau sahaja,terdapat 40 pos," katanya ketika ditemui media selepas melawat Pos Pengedaran Barang Perlu Zon Sebatik di Sungai Tongkang,Pulau Sebatik di sini.

Bersempena lawatan kerja ke Pulau Sebatik,beliau turun padang ke empat lokasi 'Point of Sales' (POS) bagi Program Pengedaran Barang Perlu dan 'Community Drumming' (CD) sekitar Tawau.

Sebanyak tujuh barangan asas bersubsidi dibekalkan di pusat jualan barang perlu,iaitu beras,gula,tepung gandum,minyak sawit,Gas Petroleum Cecair (LPG),petrol RON 95 dan diesel.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
©hak cipta2009-2020 Rangkaian Permainan Dalam Talian CAM      Hubungi kami   SiteMap