Keadilan kes Zara Qairina perlu berdasarkan undang-undang

2025-08-20 HaiPress

Datuk Seri Saifuddin turut mengingatkan agar isu kematian Zara tidak dijadikan modal politik.

PUTRAJAYA,20 Ogos - Keadilan dalam kes kematian pelajar tingkatan satu,Zara Qairina Mahathir perlu ditegakkan berlandaskan undang-undang,bukan berdasarkan hantaran di media sosial.

Menteri Dalam Negeri,Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail,menegaskan kerajaan bersama rakyat berkongsi hasrat sama untuk merungkai kebenaran tanpa melindungi mana-mana pihak.

“Post-mortem dilakukan empat pakar perubatan dan laporan telah diserahkan kepada ibu bapa,peguam serta pihak polis. Semua proses mematuhi undang-undang dan Prosedur Operasi Standard. Jika ada pegawai penyiasat yang gagal patuh,itu satu kesilapan dan mereka perlu bertanggungjawab. Polis Bukit Aman telah mengambil alih siasatan. Saya tegaskan,tiada elemen ‘cover up’. Seperti rakyat Malaysia,kerajaan juga mahu kebenaran ditegakkan,” katanya pada Perhimpunan Bulanan Kementerian Dalam Negeri di sini,hari ini.

Beliau turut mengingatkan agar isu kematian Zara tidak dijadikan modal politik.

“Kita tidak boleh menunggang politik atas nyawa orang. Keluarga dalam kesedihan kerana anak tunggal mereka meninggal,tidak wajar penderitaan itu dimanipulasi untuk kepentingan politik,” tegasnya.

Dalam pada itu,Datuk Seri Saifuddin menjelaskan Jabatan Peguam Negara (AGC) mempunyai kuasa mutlak mengikut Perlembagaan Persekutuan sama ada untuk mendakwa atau sebaliknya.

“AGC boleh memutuskan sama ada mendakwa berdasarkan kertas siasatan atau mengadakan inkues bagi menentukan punca kematian. Itu bidang kuasa mereka,” jelasnya.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
©hak cipta2009-2020 Rangkaian Permainan Dalam Talian CAM      Hubungi kami   SiteMap