KPM laksana pelbagai inisiatif tangani isu kekurangan guru
2025-08-20 HaiPress
Secara purata,seramai 5,594 orang guru memilih untuk bersara awal setiap tahun antara tahun 2022 hingga 2024/Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR,20 Ogos - Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) terus komited melaksanakan beberapa inisiatif strategik bagi menangani isu kekurangan tenaga pengajar serta memastikan kebajikan guru secara keseluruhan.
Menurut Timbalan Menteri Pendidikan,Wong Kah Woh,KPM turut menekankan kepentingan pengurusan beban kerja guru agar kesejahteraan warga pendidik terus terpelihara dalam usaha meningkatkan mutu pendidikan negara.
"KPM sentiasa komited dalam menangani isu kekurangan tenaga pengajar di samping memastikan kesejahteraan guru terus terpelihara. KPM melaksanakan pengambilan guru tetap sebanyak dua kali setahun,manakala Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan membuka sistem permohonan guru sepanjang tahun bagi mempercepat pengambilan dan penempatan guru," jelas beliau.
Menjawab pertanyaan lisan Ahli Parlimen Masjid Tanah,Datuk Mas Ermieyati Samsudin di Dewan Rakyat,Wong memaklumkan bahawa secara purata,594 orang guru memilih untuk bersara awal setiap tahun antara tahun 2022 hingga 2024.
Katanya,306 guru bersara pilihan pada tahun 2022,meningkat kepada 6,394 orang pada 2023 dan sedikit menurun kepada 5,082 orang pada 2024. Manakala 2,397 orang setakat Mei lepas.
Jumlah itu bersamaan 1.17 peratus daripada jumlah keseluruhan warga pendidik di bawah KPM.