Bursa malaysia terus catat kenaikan, FBM KLCI naik 9.78 mata

2025-08-25 HaiPress

FOTO HIASAN

KUALA LUMPUR,25 Ogos - Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Isnin,meneruskan kenaikan minggu lepas berikutan pelabur mengambil petunjuk daripada pasaran Wall Street yang ditutup positif pada Jumaat lepas.

Pada 9.10 pagi,FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 9.78 mata kepada 1,607.25 daripada 1,597.47 semasa ditutup pada Jumaat lepas.

Indeks petunjuk pasaran dibuka tinggi 5.35 mata kepada 1,602.82.

Pasaran secara menyeluruh positif,dengan 291 kaunter untung mengatasi 111 kaunter rugi. Sebanyak 278 kaunter tidak berubah,1,924 tidak diniagakan dan 13 yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 199.12 juta saham bernilai RM132.80 juta.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata Wall Street mencatatkan kenaikan selepas ucapan oleh Pengerusi Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS) Jerome Powell yang meningkatkan jangkaan mengenai penurunan kadar faedah bulan depan.

“Dilihat Powell akhirnya akur kepada tekanan politik yang meningkat dan akan melaraskan kadar faedah pada September. Sehubungan itu,hasil 10 tahun AS merosot kepada 4.25 peratus,” katanya kepada Bernama.

Pada peringkat domestik,Thong berkata FBM KLCI telah melepasi paras 1,600 dalam masa yang singkat sebelum ditutup pada 1,597 minggu lepas.

“Melihat kepada sokongan belian baru-baru ini oleh institusi tempatan,kami percaya indeks akan dapat melepasi paras 1,600 dengan mudah.

“Oleh itu,kami menjangka indeks akan berada dalam julat 1,600 hingga 1,620 hari ini,” katanya.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi,Maybank naik 7.0 sen kepada RM9.87,Public Bank menambah 1.0 sen kepada RM4.48,Tenaga Nasional meningkat 10 sen kepada RM13.66 dan IHH Healthcare naik 3.0 sen kepada RM6.87 manakala CIMB Group mendatar pada RM7.46.

Bagi senarai yang diniagakan secara aktif,Mtouch Tech naik 1.0 sen kepada 5.5 sen. Zetrix AI dan NEXG,masing-masing meningkat 1.5 sen kepada 88.5 sen dan 47.5 sen.

Magma Group merosot 4.5 sen kepada 26.5 sen manakala Oxfort Innotech berkurangan 2.0 sen kepada 44.5 sen.

Di papan indeks,Indeks FBM Emas naik 71.41 mata kepada 11,905.97,Indeks FBMT 100 meningkat 73.09 mata kepada 11,684.26,Indeks FBM Emas Shariah melonjak 90.08 mata kepada 11,851.50,Indeks FBM 70 menambah 113.32 mata kepada 16,669.72 dan Indeks FBM ACE naik 17.01 mata kepada 4,760.63.

Mengikut sektor,Indeks Perkhidmatan Kewangan meningkat 66.28 mata kepada 18,289.24,Indeks Produk Perindustrian dan Perkhidmatan naik 0.30 mata kepada 165.63,Indeks Tenaga menambah 3.44 mata kepada 752.38 dan Indeks Perladangan menokok 47.84 mata kepada 7,656.23.- BERNAMA

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
©hak cipta2009-2020 Rangkaian Permainan Dalam Talian CAM      Hubungi kami   SiteMap