Pengekalan OPR langkah tepat stabilkan ekonomi, kawal inflasi

2025-09-05 HaiPress

Foto hiasan

KUALA LUMPUR,4 September-Keputusan Bank Negara Malaysia (BNM) mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada paras 2.75 peratus disifatkan tepat untuk mengekalkan kestabilan ekonomi serta mengawal inflasi.

Pengarah dan Penganalisis Strategi Pelaburan & Ekonomi IPP Wealth Managers,Mohd Sedek Jantan berkata,penurunan kadar terlalu awal boleh menjejaskan kredibiliti dasar monetari.

Jelas beliau,ia juga berisiko mencetuskan aliran keluar modal yang melemahkan ringgit serta meningkatkan inflasi import.

“Dengan inflasi kekal sederhana,jurang 'output' yang semakin mengecil dan tiada tekanan permintaan berlebihan,dasar neutral ini membantu mengekalkan kestabilan ekonomi sambil mengawal inflasi pada tahap terkawal,” katanya kepada RTM.

Beliau menambah,kadar faedah yang dikekalkan memberi kelegaan kepada isi rumah kerana kos pinjaman tidak meningkat mendadak,sekali gus mengekalkan keyakinan berbelanja.

Bagi perniagaan pula,langkah ini membantu mengawal kesan kos import serta memberi kepastian dasar yang menyokong keyakinan pelabur dan perancangan ekonomi menjelang 2026.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
©hak cipta2009-2020 Rangkaian Permainan Dalam Talian CAM      Hubungi kami   SiteMap