Bank Islam, Bank Rakyat tawar bantuan kewangan mangsa bencana

2025-09-18 HaiPress

Foto Hiasan.

KUALA LUMPUR,18 September - Institusi perbankan menawarkan pelbagai inisiatif bantuan kewangan kepada perusahaan mikro,kecil dan sederhana (PMKS) serta individu yang terjejas akibat banjir di seluruh negara.

Bank Islam Malaysia Berhad dalam kenyataannya memaklumkan Kemudahan Bantuan Bencana disediakan untuk perniagaan di kawasan yang diisytiharkan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) sebagai zon bencana.

PMKS yang layak boleh memohon pembiayaan bagi membaik pulih atau menggantikan aset perniagaan yang rosak,selain modal kerja asas. Pelanggan sedia ada turut ditawarkan moratorium sehingga enam bulan meliputi semua jenis pembiayaan termasuk berjangka,kredit pusingan,talian tunai dan kemudahan perdagangan.

Bagi pelanggan individu,Bank Islam meneruskan Program Prihatin Banjir dengan penangguhan bayaran ansuran sehingga enam bulan untuk pembiayaan rumah,peribadi dan kenderaan,selain penggantian percuma kad kredit,debit dan buku cek.

Sementara itu,Bank Rakyat menawarkan penangguhan bayaran ansuran pembiayaan sehingga enam bulan kepada pelanggan individu dan perniagaan yang terjejas,merangkumi produk Pembiayaan Peribadi-i,Perumahan-i,Kenderaan-i dan Sewa Beli Kenderaan-i.

Ketua Pegawai Eksekutif Bank Rakyat,Ahmad Shahril Mohd Shariff,berkata langkah itu selaras dengan nilai keprihatinan dan ihsan Malaysia Madani dalam meringankan beban kewangan pelanggan.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
©hak cipta2009-2020 Rangkaian Permainan Dalam Talian CAM      Hubungi kami   SiteMap