Bursa Malaysia dibuka rendah, impak aktiviti pengambilan untung di Wall Street

2025-09-18 HaiPress

Foto Fail

KUALA LUMPUR,18 September- Bursa Malaysia dibuka rendah pada Khamis,menjejaki penutupan bercampur-campur semalaman di Wall Street,apabila peniaga mengambil keuntungan selepas penurunan kadar faedah oleh Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS) seperti yang dijangka,serta unjuran bagi pelarasan selanjutnya.

Pada pukul 9.10 pagi,FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menyusut sebanyak 10.81 mata kepada 1,600.89 berbanding 1,611.70 semasa ditutup pada Rabu.

Indeks itu dibuka 4.84 mata lebih rendah kepada 1,606.86.

Di pasaran lebih luas,kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 163 berbanding 155 manakala 303 kaunter tidak berubah,dengan 2,015 tidak diniagakan dan tujuh yang lain digantung dagangan.

Ketua Penyelidikan Rakuten Trade Sdn Bhd,Kenny Yee Shen Pin berkata dana-dana telah menjadi pembeli bersih baru-baru ini sekali gus memberi isyarat positif bagi bursa tempatan.

“Oleh itu,indeks dijangka berada dalam julat antara 1,610-1,625 hari ini,” katanya kepada Bernama.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi,Maybank dan Public Bank masing-masing menyusut dua sen kepada RM9.92 dan RM4.28,CIMB rendah tiga sen kepada RM4.28,Tenaga berkurangan lapan sen kepada RM13.36 dan IHH susut tujuh sen kepada RM7.29.

Bagi dagangan aktif,Notion naik 3.5 sen kepada 59.5 sen,MCLean menokok empat sen kepada 50.5 sen,Pharmaniaga menambah setengah sen kepada 28 sen,L&P Global naik satu sen kepada 12.5 sen dan Perak Transit menyusut setengah sen kepada 68.5 sen.

Antara kaunter paling rugi adalah Nestle,yang susut 84 sen kepada RM97.06,Petronas Dagangan rendah 72 sen kepada RM22.26,Hexza menguncup lapan sen kepada 88 sen,Ralco menyusut 7.5 sen kepada 92 sen dan Petronas Gas rendah enam sen kepada RM18.24.

Antara kaunter paling untung menyaksikan Allianz naik 58 sen kepada RM19.08,Formosa meningkat 18 sen kepada RM1.63,CI Holdings mengukuh 16 sen kepada RM2.74,KL Kepong menambah 14 sen kepada RM20.22 dan Kluang Rubber naik 10 sen kepada RM5.70.

Di pasaran lebih luas,Indeks FBM Emas menyusut 51.60 mata kepada 11,892.39,Indeks FBMT 100 susut 55.60 mata kepada 11,644.64 dan Indeks FBM Emas Shariah rendah 26.89 mata kepada 11,909.51.

Indeks FBM 70 naik 22.28 mata kepada 16,642.38 manakala Indeks FBM ACE berkurangan 13.28 mata pada 4,836.

Mengikut sektor,Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian susut 0.59 mata kepada 166.96,Indeks Perladangan meningkat 9.66 mata kepada 7,743.86 dan Indeks Perkhidmatan Kewangan rendah 116.01 mata kepada 18,126.13. Indeks Tenaga menokok 1.40 mata kepada 752.14. -BERNAMA

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
©hak cipta2009-2020 Rangkaian Permainan Dalam Talian CAM      Hubungi kami   SiteMap