Ekonomi halal bentuk susunan baharu perdagangan dunia
2025-09-19 HaiPress
Menteri Pelaburan,Perdagangan dan Industri,Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz / Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR,19 September - Malaysia berhasrat menyusun semula pendekatan perdagangan global dengan menjadikan ekonomi halal sebagai pemangkin kepada perdagangan beretika.
Menteri Pelaburan,Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata,prinsip halal yang menekankan keadilan,keterangkuman dan kesaksamaan wajar diterapkan dalam perjanjian perdagangan serta rantaian bekalan bagi membentuk sistem yang lebih adil untuk semua.
"Saya percaya usaha itu boleh dicapai melalui tiga langkah utama,antaranya mereformasi institusi pelbagai hala seperti Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) dengan memulihkan badan rayuan dan memodenkan peraturan supaya merangkumi perdagangan digital,standard kelestarian serta penglibatan syarikat berkaitan kerajaan,” katanya dalam ucapan alu-aluan pada Majlis Perasmian Global Halal Summit (GHAS) 2025 di sini.
Tambah beliau,negara membangun juga perlu diberi lebih banyak ruang dalam proses penggubalan peraturan,memperkukuh kerjasama antara blok ekonomi,serta mengarusperdanakan prinsip etika dan kelestarian dalam barangan dan perkhidmatan.
Menurutnya,selain memperkukuh kerjasama antara blok ekonomi serta mengarusperdanakan prinsip etika dan kelestarian dalam barangan dan perkhidmatan.
Jelasnya,Malaysia berpotensi menjadi arkitek kepada Ekosistem Perdagangan Selatan–Selatan,yang menempatkan 85 peratus populasi dunia,termasuk majoriti negara Muslim,sekali gus membuka pasaran penting bagi sektor halal.