Sektor hartanah harap pelaksanaan HOC dipertimbang semula dalam Belanjawan 2026

2025-09-19 HaiPress

Foto hiasan

PETALING JAYA,18 September - Sektor hartanah berharap kerajaan mempertimbangkan semula pelaksanaan Kempen Pemilikan Rumah (HOC) dalam Belanjawan 2026 bagi membantu pemaju dan pembeli rumah menghadapi kos yang semakin meningkat.

Ketua Pegawai Eksekutif Sime Darby Property,Datuk Seri Azmir Merican,berkata kempen berkenaan pernah memberi manfaat kepada kedua-dua pihak.

“Ada permohonan untuk menjalankan Home Ownership Campaign. Saya rasa hampir dua tahun dulu ataupun lebih yang kita adakan Home Ownership Campaign. Jadi,kami harap kerajaan setuju kerana ini memang boleh menolong industri harta tanah dan pemaju-pemaju seperti Sime Darby,” katanya selepas pelancaran identiti jenama baharu Sime Darby Property di Sime Darby Convention Centre (SDCC),di sini hari ini.

HOC sebelum ini dilaksanakan pada 2019 dan 2020 dengan menawarkan diskaun harga rumah serta pengecualian duti setem,sekali gus merancakkan pasaran hartanah serta meringankan beban pembeli rumah pertama.

Pada majlis tersebut turut menyaksikan Sime Darby Property memperkenalkan imej jenama diperbaharui,seiring pelan strategik SHIFT25 yang memasuki fasa akhir transformasi syarikat ke arah pemaju hartanah bersepadu.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
©hak cipta2009-2020 Rangkaian Permainan Dalam Talian CAM      Hubungi kami   SiteMap