Pekerja gig bakal diperkasa melalui kursus celik kewangan

2025-09-22 HaiPress

Foto- RTM

PERMATANG PAUH,22 September -Semua pekerja gig dalam sektor penghantaran makanan dan penumpang akan mengikuti kursus celik kewangan bagi memperkasakan urusan pentadbiran kewangan.

Menteri Sumber Manusia,Steven Sim Chee Keong,berkata langkah itu penting untuk membantu pekerja gig mempelajari selok-belok pengurusan kewangan yang betul serta berdisiplin.

“Daripada maklum balas yang diterima,terdapat keperluan untuk menyediakan kursus pengurusan kewangan kepada pekerja gig. Jadi,kita akan membuat perancangan dan mungkin bekerjasama dengan persatuan pekerja gig untuk menganjurkan kursus ini. Antara tujuan utama ialah memberi pendedahan supaya dalam mereka mencari rezeki,mereka juga tahu bagaimana hendak mengurus kewangan,menabung dan melabur,” katanya.

Beliau menegaskan,cadangan itu dizahirkan atas keprihatinan kerajaan dalam usaha melahirkan pekerja gig yang celik dalam pengurusan kewangan.

Steven Sim berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri program Penang Rider Jalan Teruih di Permatang Pauh.

Menurutnya,sesi libat urus bersama pekerja sektor gig diadakan bagi mendengar permasalahan golongan berkenaan serta mencari jalan penyelesaian terhadap situasi yang membelenggu mereka.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
©hak cipta2009-2020 Rangkaian Permainan Dalam Talian CAM      Hubungi kami   SiteMap