Projek Solar Kediaman perkukuh agenda NETR - TPM Fadillah

2025-09-28 HaiPress

Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air,Datuk Seri Fadillah Yusof melihat replika pembangunan hartanah Sime Darby Property pada Majlis Perasmian Projek Solar Kediaman di Shah Alam/Foto Bernama

SHAH ALAM,26 September – Agenda Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR) terus diperkukuh menerusi pelancaran Projek Solar Kediaman di bawah Program Mekanisme Pengagregatan Tenaga Boleh Baharu Komuniti (CREAM).

Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA),Datuk Seri Fadillah Yusof berkata projek rintis itu merupakan sebahagian daripada inisiatif bagi meningkatkan campuran tenaga boleh baharu (TBB) dalam pembekalan elektrik negara.

Menurutnya,projek berkenaan dilaksanakan melalui kerjasama strategik antara Sime Darby Property dan Tenaga Nasional Berhad (TNB).

“Menerusi projek ini,pemilik rumah boleh memajak atau menyewa ruang bumbung kediaman kepada pihak ketiga. Ruang bumbung tersebut akan digabungkan dengan premis lain bagi pembangunan sistem jana kuasa solar PV,sekali gus membekalkan tenaga hijau kepada pengguna setempat.

“Pelaksanaan program ini juga sebahagian daripada usaha PETRA di bawah kerangka NETR,dengan sasaran meningkatkan campuran TBB kepada 70 peratus menjelang 2050.

“Kita bertekad untuk mempelbagaikan kaedah penjanaan agar tidak hanya bergantung kepada loji jana kuasa berskala besar,sebaliknya memperluaskan penyertaan masyarakat dalam penjanaan tenaga secara teragih (distributed generation) di premis bangunan dan kediaman,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Projek Solar Kediaman oleh Sime Darby Property di bawah CREAM,di Shah Alam,hari ini.

Tambah Datuk Seri Fadillah,projek berkenaan yang dimulakan di Bandar Elmina di bawah kelolaan Sime Darby Property merupakan antara penyertaan terawal di bawah CREAM,sebagai kesinambungan kepada pelaksanaan inisiatif akses pihak ketiga bagi pembekalan elektrik hijau kepada pengguna.

Projek tersebut melibatkan lebih 6,000 unit rumah di empat kawasan kediaman dalam City of Elmina iaitu Elmina Green,Elmina Garden,Ilham Residence dan Elmina Valley,dengan radius operasi sejauh 5 kilometer.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
©hak cipta2009-2020 Rangkaian Permainan Dalam Talian CAM      Hubungi kami   SiteMap