Niaga hadapan FBM KLCI dijangka diniagakan dalam jajaran kecil minggu depan

2025-09-28 HaiPress

Foto Fail

KUALA LUMPUR,27 September - Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatif berkemungkinan menyaksikan dagangan dalam jajaran kecil minggu depan,menjejaki prestasi pasaran tunai asas.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata pasaran akan menunggu pemangkin baharu untuk menentukan hala tujunya terutamanya daripada perkembangan terkini berkaitan tarif Amerika Syarikat.

"Kami menjangka FBM KLCI akan bergerak dalam dalam julat 1,600-1620 minggu depan," katanya kepada Bernama.

Bagi asas Jumaat ke Jumaat,bulan semerta September 2025 naik 8.0 mata kepada 1,608.0,Oktober 2025 meningkat 10.0 mata kepada 1,606.0,Disember 2025 melonjak 6.5 mata kepada 1,598.0 dan Mac 2026 menambah 6.0 mata kepada 1,577.0.

Jumlah dagangan bagi minggu baru berakhir naik kepada 137,491 lot daripada 20,473 lot pada minggu sebelumnya manakala kepentingan terbuka meningkat kepada 87,049 kontrak daripada 46,066 kontrak dicatatkan sebelum ini.

Bagi asas Jumaat ke Jumaat,FMB KLCI meningkat 10.82 mata kepada 1,609.05 daripada 1,598.23 sebelumnya.- BERNAMA

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
©hak cipta2009-2020 Rangkaian Permainan Dalam Talian CAM      Hubungi kami   SiteMap