Malaysia raih manfaat besar pada ASEAN 2025

2025-10-29 HaiPress

Foto hiasan

KUALA LUMPUR,29 Oktober - Malaysia berjaya memanfaatkan Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 secara optimum,mengukuhkan kedudukannya sebagai hab pelaburan dan perdagangan serantau.

Pengarah dan Penganalisis Strategi Pelaburan dan Ekonomi IPPFA Sdm Bhd,Mohd Sedek Jantan berkata,kejayaan itu jelas terpancar melalui kejayaan termeterainya Perjanjian Perdagangan Timbal Balas (ART) Malaysia–Amerika Syarikat (AS).

"Perjanjian perdagangan ini mengecualikan tarif sifar peratus bagi eksport semikonduktor bernilai RM180 bilion setahun,selain menarik pelaburan langsung asing (FDI) AS berjumlah AS$5 bilion ke sektor digital dan kecerdasan buatan (AI),selaras dengan aspirasi Pelan Industri Baharu 2030," katanya ketika dihubungi RTM.

Pada masa sama,penganjuran Sidang Kemuncak Perniagaan dan Pelaburan ASEAN (ABIS 2025) juga telah memperkukuh rantaian bekalan serantau dengan ASEAN berjaya menarik komitmen FDI keseluruhan mencecah RM150 bilion.

Bagaimanapun,beliau menegaskan,strategi kelestarian dan pematuhan alam sekitar,sosial dan tadbir urus (ESG) perlu diperkukuh bagi mengekalkan daya saing rantau ini.

Ini susulan pengenaan tarif 19 peratus dari AS terhadap minyak sawit serta ketidakpastian geopolitik boleh menjejaskan impak jangka panjang.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
©hak cipta2009-2020 Rangkaian Permainan Dalam Talian CAM      Hubungi kami   SiteMap