Pemimpin APEC ucap tahniah kejayaan ASEAN ke-47
2025-10-31 HaiPress

Foto PMO
GYEONGJU,31 Oktober - Pemimpin Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) mengucapkan tahniah kepada Malaysia atas kejayaan penganjuran Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 baru-baru ini.
Ia mencerminkan keupayaan Malaysia memimpin dengan hikmah dan kesungguhan.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan,ucapan tahniah itu disampaikan terus pemimpin ekonomi APEC yang hadir ke Mesyuarat Pemimpin Ekonomi APEC (AELM).
“Kami turut bertukar pandangan mengenai pelbagai isu semasa dan hala tuju serantau termasuk usaha memperkukuh kerjasama ekonomi lebih adil dan berdaya tahan,” katanya.
AELM 2025 berlangsung dua hari hingga esok di Pusat Konvensyen Antarabangsa Hwabaek di sini.
Fokusnya terarah kepada pengukuhanً kesalinghubungan,inovasi dan mencapai pembangunan dengan menangani cabaran global secara bersama.
