Bursa Malaysia dibuka tinggi, seiring prestasi Wall Street
2025-11-03 HaiPress

Foto Fail
KUALA LUMPUR,3 November- Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Isnin,seiring dengan prestasi Wall Street yang positif minggu lepas.
Pada pukul 9.10 pagi,FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menambah 1.54 mata kepada 1,610.69 daripada 1,609.15 semasa ditutup pada Jumaat lepas,selepas dibuka tinggi 1.64 mata kepada 1,610.79.
Secara keseluruhannya,pasaran positif,dengan kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 214 berbanding 153 manakala 333 kaunter tidak berubah,1,937 tidak diniagakan dan 13 yang lain digantung.
Jumlah dagangan sebanyak 195.89 juta saham bernilai RM121.96 juta.
Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd,Thong Pak Leng berkata pelabur memberi reaksi positif terhadap prestasi pendapatan korporat yang kukuh dan minat berterusan terhadap kaunter berkaitan kecerdasan buatan di pasaran Amerika Syarikat (AS).
“Sementara itu,hasil Perbendaharaan AS untuk tempoh 10 tahun meningkat kepada 4.083 peratus selepas Rizab Persekutuan memberi petunjuk bahawa kemungkinan penurunan kadar faedah pada Disember adalah kecil,” katanya kepada Bernama.
Katanya,walaupun jualan oleh pelabur asing memberi tekanan kepada FBM KLCI minggu lepas,dijangka terdapat aktiviti belian saham pada harga rendah,dengan indeks petunjuk pasaran diunjurkan diniagakan antara 1,605 dan 1,615 hari ini.
Dalam kalangan saham wajaran tinggi,Maybank dan CIMB Group,masing-masing naik dua sen kepada RM9.89 dan RM7.32,Public Bank dan IHH Healthcare,masing-masing meningkat satu sen kepada RM4.23 dan RM8.26 manakala Tenaga Nasional tidak berubah pada RM13.28.
Dalam senarai paling aktif,Dagang Nexchange naik dua sen kepada 32.5 sen dan Digistar Corp menambah setengah sen kepada 6.5 sen. Genting Malaysia dan MAG Holdings,masing-masing tidak berubah pada RM2.33 dan 17 sen manakala Careplus merosot 1.5 sen kepada lapan sen.
Kaunter paling untung,Nestle melonjak RM1.10 kepada RM114.10,Malaysian Pacific naik 76 sen kepada RM30.76,Fraser & Neave menambah 34 sen kepada RM28.50,Malayan Cement meningkat 14 sen kepada RM7.00 dan KESM Industries naik lapan sen kepada RM3.71.
Kaunter paling rugi termasuklah Petronas Dagangan,merosot 20 sen kepada RM22.48,MMAG berkurangan 19.5 sen kepada 26.5 sen,MISC menurun 13 sen kepada RM7.66,HI Mobility susut tujuh sen kepada RM2.42 dan Petronas Gas berkurangan enam sen kepada RM18.44.
Di papan indeks,Indeks FBMT 100 menambah 16.82 mata kepada 11,777.99,Indeks FBM Emas Shariah naik 3.43 mata kepada 12,101.54,Indeks FBM ACE meningkat 12.12 mata kepada 5,233.51,Indeks FBM Emas menokok 13.88 mata kepada 12,037.24 dan Indeks FBM 70 naik 48.73 mata kepada 17,104.80.
Mengikut sektor,Indeks Perkhidmatan Kewangan menambah 24.18 mata kepada 18,147.45,Indeks Perladangan naik 13.67 mata kepada 8,000.76,Indeks Produk Perindustrian dan Perkhidmatan meningkat 0.20 mata kepada 171.81 manakala Indeks Tenaga merosot 0.88 mata kepada 770.36.
Sementara itu,dagangan sekuriti GPP Resources Bhd akan disambung semula pada 10 pagi ini selepas digantung sementara pada 9 pagi,menurut Bursa Malaysia. -BERNAMA
