Infrastruktur digital asas, pengkomputaran awan diberi keutamaan

2025-11-26 HaiPress

Digitalisasi bentuk semula urus niaga / Foto RTM

KUALA LUMPUR,23 November - Pembangunan infrastruktur digital asas,khususnya pengkomputeran awan menjadi keutamaan syarikat korporat di Malaysia,bagi tempoh jangka pendek dan sederhana,menurut laporan terbaharu Standard Chartered.

Laporan bertajuk Masa Hadapan Perdagangan: Digitalisasi itu mendapati sembilan daripada 10 pemimpin korporat memberi tumpuan kepada perkara berkenaan.

Kecerdasan Buatan (AI),automasi dan robotik turut dikenal pasti sebagai pemacu utama yang bakal membentuk fasa seterusnya dalam pendigitalan perdagangan.

''Penemuan melibatkan 1,200 responden itu mencerminkan pendekatan pragmatik infrastruktur asas perlu diperkukuh,sebelum teknologi baharu dapat memberi nilai pada skala besar,"katanya.

Di sebalik manfaat yang dibawa digitalisasi,66% syarikat menyatakan cabaran pelaksanaan sebagai halangan terbesar ke arah pendigitalan proses perdagangan.

Ini diikuti halangan peraturan (58%) dan isu kurangnya interoperabiliti serta integrasi (50%).

Halangan peraturan (58%) dan kekurangan kebolehoperasian dan integrasi (50%) turut mengekang penerapan teknologi baharu,mengakibatkan kebanyakan proses perdagangan masih bergantung kepada sistem tradisional,berasaskan kertas.

Bagi mengatasi jurang itu,laporan telah mencadangkan dua pendekatan utama iaitu memperkukuh perdagangan digital melalui Perjanjian Ekonomi Digital (DEA).

Selain,mempercepat transformasi digital melalui perkongsian strategik,dengan 58 peratus syarikat memilih untuk bekerjasama dengan pihak ketiga bagi menangani kekurangan bakat,kos tinggi dan memastikan pelaksanaan lebih cepat dan berkesan.

Ketua Pegawai Eksekutif Standard Chartered Malaysia,Mak Joon Nien,berkata digitalisasi kini membentuk semula cara perniagaan berhubung,berurus niaga dan berkembang.

''Kami berbangga dapat memainkan peranan utama dalam evolusi ini,dengan melabur dalam platform berasaskan awan yang menghubungkan ekosistem,mendigitalkan proses pembiayaan perdagangan dan membangunkan penyelesaian bersama,'' katanya.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
©hak cipta2009-2020 Rangkaian Permainan Dalam Talian CAM      Hubungi kami   SiteMap