117 tahanan dari pelbagai negara, dihantar pulang ke negara asal – JIM Johor

2026-03-25 HaiPress

Foto FB Jabatan Imigresen Negeri Johor

PONTIAN,25 Mac – Seramai 117 tahanan dari pelbagai negara,dihantar pulang ke negara masing-masing,melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA 1) dan (KLIA 2),Terminal Feri Stulang Laut serta Kompleks Kastam,Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Bangunan Sultan Iskandar (BSI),Johor Bahru,minggu


lalu.

RINGKASAN BERITA AI

Daripada jumlah itu,96 tahanan merupakan warganegara Indonesia,17 warga Bangladesh,tiga warga Thailand dan seorang warganegara Singapura.

Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Johor menerusi kenyataan di Facebook,tiket setiap tahanan,dibiaya daripada simpanan peribadi,sumbangan ahli keluarga dan ditanggung kedutaan negara berkenaan,bagi kes tertentu.

Pemindahan Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) merupakan aktiviti utama Depot Tahanan Imigresen Pekan Nenas,Pontian dalam usaha memastikan tiada lambakan tahanan yang selesai menjalani hukuman di negara ini.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
©hak cipta2009-2020 Rangkaian Permainan Dalam Talian CAM      Hubungi kami   SiteMap