BDR tidak jejas produktiviti, fokus kepada kecekapan kerja
2026-03-27 HaiPress

Ketua Pusat Pengajian Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media (FKPM),Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Melaka,Prof Madya Dr Abdul Rauf Ridzuan/RTM
MELAKA,27 Mac -Langkah kerajaan untuk mempertimbangkan pelaksanaan inisiatif Bekerja Dari Rumah (BDR) dilihat tidak menjejaskan produktiviti perkhidmatan awam secara keseluruhan.
RINGKASAN BERITA AI
−
Menurut beliau,BDR turut memberi fleksibiliti kepada penjawat awam sekali gus meningkatkan kecekapan kerja dalam pelaksanaan tugas harian.
Namun,katanya,bagi perkhidmatan yang memerlukan interaksi bersemuka seperti kaunter,penguatkuasaan dan sektor kesihatan,pelaksanaan BDR perlu dilaksanakan secara bersasar bagi memastikan penyampaian perkhidmatan tidak terjejas.
Sehubungan itu,beliau menegaskan pemantauan berasaskan prestasi perlu diperkukuh bagi memastikan keberkesanan pelaksanaan BDR. Ia termasuk penetapan petunjuk prestasi utama (KPI) yang jelas,tempoh penyelesaian tugasan,kualiti kerja serta pematuhan kepada perjanjian tahap perkhidmatan.
