Harga plastik melonjak di selatan China, kos minyak cetus tekanan rantaian bekalan

2026-04-12 HaiPress

FOTO REUTERS

DONGGUAN,12 April – Peningkatan kos berkaitan minyak susulan ketegangan di Asia Barat menyebabkan harga plastik melonjak mendadak di selatan China,sekali gus menekan margin keuntungan,mengganggu logistik dan mencetuskan pembelian panik dalam rantaian bekalan di Zhangmutou,hab dagangan plastik terbesar negara itu.

RINGKASAN BERITA AI

Katanya,loji petrokimia di peringkat huluan turut menaikkan harga susulan kekurangan minyak mentah dan bahan suapan.

Dalam pada itu,peningkatan permintaan secara mendadak turut menyebabkan kesesakan teruk di gudang dan rangkaian jalan raya sekitar Zhangmutou.

Pengurus gudang,Han Bing berkata,kawasan itu pernah mengalami kesesakan hampir seminggu pada waktu puncak.

“Aliran trafik sesak sejauh 10 hingga 15 kilometer dan semua gudang penuh pada kapasiti maksimum,” katanya,sambil memaklumkan jumlah dagangan harian meningkat kepada kira-kira 1,000 tan berbanding 500 tan sebelum ini.

Seorang peniaga di pasaran plastik Zhangmutou,Xiao Zejia pula mendakwa terdapat loji kimia huluan yang enggan memenuhi kontrak lama berharga rendah,sebaliknya memberi keutamaan kepada tempahan baharu pada harga lebih tinggi.

“Saya secara peribadi tidak dapat menerima alasan ‘force majeure’ sebagai justifikasi,” katanya.

Menurut laporan Organisation for Economic Co-operation and Development pada 2025,China merupakan pengeluar,pengguna dan pengeksport produk plastik siap terbesar dunia.-REUTERS

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
©hak cipta2009-2020 Rangkaian Permainan Dalam Talian CAM      Hubungi kami   SiteMap