Kerjasama RTM, ORF perluas akses maklumat & teknologi
2026-04-14 HaiPress

Duta Besar Austria ke Malaysia,Gerhard Eisl (kiri) dan Ketua Pengarah Penyiaran Ashwad Ismail
KUALA LUMPUR,14 April – Kerjasama antara penyiar awam seperti Radio Televisyen Malaysia (RTM) dan ORF (Österreichischer Rundfunk) dilihat mampu memperluas akses maklumat serta meningkatkan kefahaman antara masyarakat Malaysia dan Austria,sejajar dengan perkembangan landskap media global masa kini.
RINGKASAN BERITA AI
−
Dalam pada itu beliau menjelaskan aspek muzik turut menjadi antara fokus kerjasama memandangkan Austria,khususnya Vienna,terkenal sebagai kota muzik dunia.
Sementara itu,Duta Besar Austria ke Malaysia Gerhard Eisl menyifatkan hubungan sedia ada dengan Malaysia berada pada tahap yang sangat baik selain perlu memanfaatkan potensi kedua-dua negara pada masa hadapan.
“Penyiar awam juga merupakan sebuah organisasi penyiaran yang bebas. Saya yakin mereka amat berminat untuk memperdalam kerjasama dengan RTM kerana,seperti yang saya nyatakan,adalah penting untuk menyampaikan maklumat kepada masyarakat tentang negara kita,tentang Eropah,Austria,Malaysia dan ASEAN.
“Itulah merupakan kunci utamanya dalam keadaan banyak perkara yang sedang berlaku,persefahaman antara rakyat adalah sangat penting,” katanya.
Turut Hadir Pengarah Bahagian Program TV Reza Shariman Othman dan Timbalan Pengarah,Seksyen Dasar dan Penyelidikan Fairuz Mohd Radzi.
