Peruntukan RM50 juta bawah PTPK diguna perkenal bidang baharu

2026-06-06 HaiPress

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama timbalannya,Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi melawat ruang pameran pada Sambutan Hari Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) Negara 2026 di Dataran Putrajaya hari ini / Foto BERNAMA

PUTRAJAYA,6 Jun – Peruntukan hingga RM50 juta menerusi dana Program Berimpak Tinggi di bawah Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) akan digunakan bagi memperkenalkan bidang-bidang baharu yang sebelum ini belum ditawarkan di institusi Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) menerusi pelaksanaan TVET 2.0.

RINGKASAN BERITA AI

Selain itu katanya,penyelarasan pelaksanaan TVET di peringkat kementerian dan agensi di bawah kepimpinan Ketua Setiausaha Negara (KSN) yang bermula bulan depan adalah untuk mempercepatkan penyediaan tenaga kerja mahir memandangkan permintaan industri kini melebihi penawaran,khususnya dalam sektor strategik seperti MRO dan semikonduktor.

Terdahulu,Perdana Menteri dalam ucapannya memaklumkan,kerajaan bersetuju membenarkan penggunaan dana hingga RM50 juta daripada Program Berimpak Tinggi di bawah PTPK bagi memperkukuh pelaksanaan TVET 2.0.

Di bawah kerangka Belanjawan 2026,peruntukan keseluruhan bagi PTPK ditetapkan sebanyak RM650 juta bagi menyokong pembangunan modal insan dan latihan kemahiran negara.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
©hak cipta2009-2020 Rangkaian Permainan Dalam Talian CAM      Hubungi kami   SiteMap