UNIFIL kecam serangan ragut nyawa anggota tentera Lubnan

2026-06-07 HaiPress

Foto AFP

ISTANBUL,7 Jun – Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Lubnan (UNIFIL) pada Sabtu mengecam serangan udara yang mengorbankan anggota tentera Lubnan di selatan negara itu,sambil menyifatkannya sebagai pelanggaran terhadap kedaulatan Lubnan dan resolusi penting Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB),lapor Anadolu Ajansi (AA).

RINGKASAN BERITA AI

Tentera Israel mengakui menyasarkan kenderaan berkenaan dan memaklumkan bahawa insiden itu sedang disiasat.

Tentera Israel mendakwa kenderaan itu bergerak dalam keadaan mencurigakan berhampiran pasukannya di kawasan yang dikesan mempunyai aktiviti Hizbullah.

Serangan itu berlaku meskipun gencatan senjata yang rapuh mula berkuat kuasa pada April lalu,ketika usaha diplomatik diteruskan bagi mengelakkan ketegangan kembali memuncak di sepanjang sempadan Lubnan-Israel.

Resolusi 1701 Majlis Keselamatan PBB,yang menamatkan perang pada 2006 antara Israel dan Hizbullah,menggesa supaya permusuhan dihentikan serta kedaulatan Lubnan dihormati.- BERNAMA

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
©hak cipta2009-2020 Rangkaian Permainan Dalam Talian CAM      Hubungi kami   SiteMap