Program GeoEntreprenuer diperkenal sebagai modul usahawan geopark pertama negara
2026-06-07 HaiPress

Menteri Besar Perak,Datuk Seri Saarani Mohamad (tengah) menyaksikan pertukaran dokumen diantara Badan Pengurusan Lenggong GEOPARK dan Kolej Komuniti Gerik dan Jabatan Pendidikan Politeknik. Turut hadir Timbalan Menteri Dalam Negeri,merangkap Ahli Parlimen Lenggong Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah (kiri) / Foto BERNAMA
LENGGONG,7 Jun – Lenggong Geopark memperkenalkan modul usahawan geopark pertama di negara ini menerusi Program GeoEntrepreneur bagi menyokong usaha memperkasa ekonomi komuniti setempat.
RINGKASAN BERITA AI
−
Beliau turut memaklumkan,pihaknya akan membangunkan direktori perkhidmatan pelancongan yang boleh diakses pelawat bagi memudahkan mereka mendapatkan maklumat berkaitan makanan,penginapan serta aktiviti menarik di Lenggong.
“Inisiatif ini juga merupakan persediaan penting menjelang penganjuran acara bertaraf antarabangsa ‘Lenggong Dialogue’ yang dijadual berlangsung pada Disember ini,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas menghadiri Program GeoEntrepreneur Lenggong UNESCO Global Geopark di sini,yang dilancarkan oleh Menteri Besar Perak,Datuk Seri Saarani Mohamad.
Program berkenaan dianjurkan bersama Majlis Pelancongan Lenggong,Geokomuniti Badan Pengurusan Lenggong Geopark dan Kolej Komuniti Gerik.
