Bekas Timbalan Speaker DUN Kedah ditemukan meninggal dunia
2026-06-07 HaiPress

Foto PDRM
ALOR SETAR,7 Jun – Bekas Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri Kedah,Datuk Mohd Jamil Md Idross,78 tahun,ditemukan meninggal dunia selepas dipercayai terjatuh ke dalam Sungai Teluk Bagan di Jalan Tandop,Alor Setar pagi tadi.
RINGKASAN BERITA AI
−
Polis juga mendapati rutin harian Allahyarham adalah mengalihkan kenderaan miliknya ke kawasan luar rumah yang terletak berhampiran sungai. Sebuah kereta berwarna putih dipercayai telah dialihkan sebelum kejadian dan ditemukan berhampiran lokasi mangsa ditemukan.
Mayat Allahyarham dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah untuk bedah siasat bagi mengenal pasti punca kematian,manakala siasatan lanjut masih diteruskan.
Allahyarham pernah berkhidmat sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri Pengkalan Kundor bagi penggal 1995 hingga 1999 serta 2004 hingga 2008. Beliau kemudiannya dilantik sebagai Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri Kedah Ke-14 dan memegang jawatan tersebut dari tahun 2018 hingga 2023.
