Buku braille UPSI buka peluang keusahawanan golongan sasar

2026-06-30 HaiPress

Dr Mohamad Rohieszan dan Dr Nor Liza memegang buku Memperkasa Asas Berniaga (MAB)

TANJONG MALIM,30 Jun – Kekurangan bahan rujukan keusahawanan dalam format braille bukan lagi penghalang kepada komuniti cacat penglihatan untuk menceburi dunia perniagaan apabila buku keusahawanan Braille pertama di Malaysia,“Memperkasa Asas Berniaga (MAB) Dalam Kalangan Usahawan Kurang Upaya Penglihatan” berjaya diterbitkan hasil penyelidikan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).

RINGKASAN BERITA AI

“Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi kepada lebih ramai penyelidik untuk menghasilkan penyelidikan yang memberi nilai tambah kepada negara,” katanya.

Dr Mohamad Rohieszan bergambar bersama bakal-bakal usahawan OKU penglihatan ketika mempamerkan hasil aktiviti Kansas Model Perniagaan (BMC) di Kompleks MAB KL

Sementara itu,Ketua Penyelidik,Dr Mohamad Rohieszan Ramdan dari Fakulti Pengurusan dan Ekonomi berkata idea menghasilkan buku tersebut tercetus selepas projek perundingan bersama Malaysian Association for the Blind (MAB) pada tahun 2024 yang mendapati usahawan orang buta berdepan kekurangan bahan pembelajaran dan panduan perniagaan yang mudah diakses.

Diterbitkan oleh Penerbit UPSI pada tahun 2025,buku itu menghimpunkan pelbagai panduan praktikal termasuk pembinaan keyakinan diri,pengurusan kewangan,strategi pemasaran digital,penggunaan aplikasi WhatsApp Business dan TikTok serta langkah-langkah memulakan perniagaan

“Ramai individu kurang upaya penglihatan mempunyai semangat tinggi untuk berniaga,namun mereka tidak mempunyai bahan rujukan yang sesuai.

“Justeru,katanya,atas keperluan inilah yang mendorong kami menghasilkan buku keusahawanan dalam format braille supaya ilmu perniagaan dapat diakses secara sama rata,” katanya.

Beliau berkata lebih membanggakan,penerbitan itu melibatkan kerjasama pelbagai agensi termasuk Malaysian Association for the Blind (MAB),MARDI,Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) serta institusi pengajian tinggi,menjadikannya antara contoh terbaik kolaborasi akademia dan komuniti dalam menghasilkan inovasi berimpak tinggi.

Selain menjadi bahan rujukan,buku tersebut dijangka membuka peluang lebih luas kepada individu buta untuk berdikari melalui keusahawanan,sekali gus meningkatkan taraf sosioekonomi dan kualiti hidup mereka.

Katanya,projek penyelidikan itu turut mendapat bimbingan mentor dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM),Prof. Madya Datin Dr Nor Liza Abdullah dan berjaya mendapat pengiktirafan antarabangsa apabila dibentangkan pada QS Reimagine Education Awards & Conference 2024 di London dalam kategori Access,Diversity & Inclusion.

“Buku ini bukan sekadar mencipta sejarah sebagai buku keusahawanan braille pertama di Malaysia,malah membuka lembaran baharu kepada usaha memperluaskan akses pendidikan keusahawanan tanpa mengira batas fizikal.

Tambahnya,ia membuktikan bahawa kekurangan penglihatan bukanlah penghalang untuk melihat masa depan yang lebih cerah melalui dunia perniagaan.

Penerbitan buku dalam bentuk braille dilakukan dengan kerjasama agensi seperti MARDI,Kementerian Kesihatan Malaysia dan MAB semasa sesi MoU antara UPSI dan MAB.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
©hak cipta2009-2020 Rangkaian Permainan Dalam Talian CAM      Hubungi kami   SiteMap