Risiko jerebu rentas sempadan meningkat, ASMC aktifkan amaran tahap tiga

2026-08-27 HaiPress

Anggota bomba memadamkan kebakaran hutan di Palangkaraya,Kalimantan / Foto fail AFP

SINGAPURA,27 Ogos – Pusat Meteorologi Khas ASEAN (ASMC) mengaktifkan amaran tahap tiga bagi selatan ASEAN susulan peningkatan risiko jerebu rentas sempadan apabila keadaan titik panas dan jerebu terus merosot.

RINGKASAN BERITA AI

Dalam laporan harian terkini mengenai jerebu dan cuaca pula,ASMC memaklumkan kepulan asap rentas sempadan sederhana hingga tebal dari kelompok titik panas di Kalimantan Barat dikesan bergerak ke utara memasuki bahagian barat Sarawak.

“Kepulan asap sederhana hingga tebal turut dikesan dari kelompok titik panas di banyak kawasan di Kalimantan serta bahagian tengah dan selatan Sumatera.

“Beberapa stesen pemantauan kualiti udara di Kalimantan Barat dan Selatan,tengah dan selatan Sumatera serta bahagian barat Sarawak merekodkan tahap Tidak Sihat hingga Berbahaya,” menurut ASMC.

Dalam pada itu,Agensi Sekitaran Kebangsaan Singapura (NEA) berkata kualiti udara negara itu kekal pada tahap sederhana,dengan Indeks Pencemaran Udara (PSI) 24 jam mencatat bacaan antara 56 dan 64 setakat 11 pagi. – BERNAMA

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
©hak cipta2009-2020 Rangkaian Permainan Dalam Talian CAM      Hubungi kami   SiteMap