Kadar jangka pendek diunjur stabil, didorong operasi BNM
2025-01-16 IDOPRESS
Foto Hiasan
KUALA LUMPUR,16 Januari- Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil pada Khamis,disokong oleh operasi Bank Negara Malaysia (BNM) untuk menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.
Mudah tunai dianggarkan RM23.37 bilion dalam sistem konvensional manakala dana Islam berjumlah RM21.06 bilion.
Pada hari ini,BNM akan menawarkan dua tender repo berbalik yang merangkumi tender RM2.0 bilion untuk tujuh hari dan RM1.5 bilion selama 32 hari.
BNM juga akan menjalankan tender repo berbalik semalaman bernilai RM3.5 bilion bagi tempoh sehari.
Bank pusat berkenaan mengumumkan ketersediaan perjanjian repo berbalik,jual dan belian semula serta kemudahan komoditi Murabahah Bercagar dengan tempoh seminggu,sebulan dan tiga bulan.
Selain itu,pada pukul 4.00 petang,BNM akan menjalankan tender semalaman konvensional sehingga RM30.4 bilion dan RM21.1 bilion untuk tender semalaman Murabahah.- BERNAMA