MIKa disasar diperluas ke lebih 31,000 taska, tadika dan prasekolah
2026-08-27 HaiPress

Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah berkenan melawat di ruang kelas bagi menyaksikan Simulasi Pembelajaran Modul Integriti Kanak-Kanak (MIKa) di Tabika Perpaduan Taman Bukit Cheras,hari ini.
KUALA LUMPUR,27 Ogos – Pelaksanaan Modul Integriti Kanak-Kanak (MIKa) disasarkan diperluaskan ke seluruh ekosistem pendidikan awal kanak-kanak,melibatkan lebih 31,000 taska,tadika dan prasekolah di seluruh negara menjelang 2030.
RINGKASAN BERITA AI
−
Pada majlis itu,Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah berkenan menyempurnakan pelancaran MIKa,selain mencemar duli menyempurnakan gimik pelancaran sebelum melawat ruang kelas bagi menyaksikan Simulasi Pembelajaran MIKa serta beramah mesra dengan murid-murid.
Tan Sri Shamsul Azri berkata modul berkenaan memberi fokus kepada kanak-kanak berusia dua hingga enam tahun dengan pendekatan yang disesuaikan mengikut dunia serta tahap pemahaman mereka.
Menurutnya,MIKa dibangunkan sejak 2024 dengan penglibatan 35 pakar pendidikan awal kanak-kanak serta mendapat sokongan pelbagai kementerian,agensi,institusi pendidikan tinggi dan pertubuhan berkaitan pendidikan awal kanak-kanak.
Beliau turut menyifatkan kanak-kanak sebagai generasi yang bakal mencorakkan masa depan negara,justeru nilai kejujuran,amanah dan rasa hormat perlu dipupuk sejak usia awal.
Pada masa sama,beliau menekankan peranan ibu bapa sebagai teladan utama dalam pembentukan sahsiah dan nilai anak-anak,selaras dengan prinsip mendidik mereka sejak usia awal.
Dalam sembah ucapan penutup,Tan Sri Shamsul Azri turut menjunjung setinggi-tinggi kasih atas limpah perkenan Raja Permaisuri Agong menyempurnakan pelancaran MIKa.
Turut hadir Menteri Perpaduan Negara,Datuk Aaron Ago Dagang dan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
